Eris (planet kerdil)
Eris (planet kerdil)

Eris (planet kerdil)

Eris (IPA: [ˈɛ.ɹɪs] atau [ˈɪ.ɹɪs]), juga penandaan rasmi 136199 Eris merupakan planet kerdil berjisim terbesar di dalam sistem suria dan jasad kesembilan berjisim terbesar yang mengorbit matahari secara langsung. Ia mempunyai anggaran kira-kira 2300–2400 km diameter,[5] dan 27% lebih berjisim daripada Pluto atau lebih kurang 0.27% daripada jisim Bumi.[6][7]Planet kerdil Eris telah ditemukan pada Januari 2005 oleh sebuah pasukan berpengkalan di Balai Cerap Palomar yang diketuai oleh Mike Brown, dan identitinya telah dikenalpasti pada akhir tahun berkenaan. Ia merupakan sebuah objek trans-Neptune (TNO), dan merupakan ahli di dalam satu populasi keeksentrikan(keganjilan) yang tinggi dikenali sebagai sebagai cakera terserak, berada hanya di luar lingkaran Kuiper, dan ditemani oleh sekurang-kurangnya satu bulan iaitu Dysnomia. Sehingga 2011, jaraknya dari Matahari adalah 96.6 AU,[8] secara kasarnya tiga kali lebih jauh berbanding dengan Pluto. Dengan kekecualian beberapa komet, Eris dan Dysnomia adalah objek semulajadi yang dikenali paling jauh di dalam Sistem Solar.[9][h]Oleh kerana Eris kelihatan lebih besar daripada Pluto, pada permulaannya, penemunya[10] dan NASA menyifatkan ia sebagai planet kesepuluh Sistem Solar. Penemuan ini, bersama-sama dengan prospek penemuan objek-objek yang bersaiz serupa pada masa hadapan, telah mendorong Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) untuk mendefinasikan istilah planet buat pertama kali. Di bawah definasi IAU yang diluluskan pada 24 Ogos, 2006, Eris merupakan "planet kerdil" bersama-sama dengan Pluto, Ceres, Haumea and Makemake.[11]Pada tahun 2010, keputusan awal daripada pemerhatian sebuah penghijaban najam oleh Eris pada November 6 telah mencadangkan bahawa diameternya mungkin 2320 km, bererti saiznya hampir sama seperti Pluto.[12] Dengan mengambilkira bar ralat penganggaran saiz kedua-duanya, pada masa kini masih tidak tentu samada Eris atau Pluto mempunyai diameter yang lebih besar.[13] Kedua-dua Pluto dan Eris dianggarkan mempunyai diameter berjisim pejal kira-kira 2330 km.[13]

Eris (planet kerdil)

Tempoh putaran ikut bintang > 8 h?
Designasi planet minor 136199 Eris
Perihelion 37.77 AU (5.65 Tm)
Satelit 1
Paksi semimajor 67.6681 AU (10.12 Tm)
Kategori planet minor Planet kerdil
TNO (objek cakera terserak)
Nama alternatif 2003 UB313 [2]
Tarikh penemuan 21 Oktober 2003[1]
Magnitud mutlak (H) −1.12 ± 0.01
Suhuminpuratamax • Kelvin
Suhuminpuratamax
Kelvin ~30 K
Kecondongan 44.187°
Longitud nod menaik 35.8696°
Kelajuan purata orbit 3.436 km/s
Kesipian 0.44177
Min anomali 197.63427°
Albedo 0.86 ± 0.07
Ditemui oleh M. E. Brown,
C. A. Trujillo,
D. L. Rabinowitz[1]
Afelion 97.56 AU (14.60 Tm)
Jisim 1.6×1022kg[4]
Jejari khatulistiwa 1200 km ± 50 km
(750 batu ± 30 batu,
atau 19% dari Bumi)